Wednesday, July 24, 2013

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad



Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …



Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.



Cop surat rasmi Rasulullah SAW... 



Baju, tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW.. 



Sandal Rasulullah S.A.W..   

Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW..


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW..



Busur panah Rasulullah SAW..



Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek..


Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW..



Beberapa helai rambut Rasulullah SAW..



Bendera Rasulullah SAW..



Topi perang Rasulullah SAW..  



Makam Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW..



Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan..



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7..



Pedang yang pernah digunakan Rasulullah SAW..



Cuba kita bermuhasabah diri sekejap. Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami..


~~Semoga bermanfaat~~

Wednesday, April 17, 2013

Doa Dan Resepi Penawar H1N1

 

 Umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.*

Doa hindari dari sebarang WABAK:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

LIIKHAMSATUN UTFIBIHA HARROL WABA
ILHUTTOMA ALMUSTHOFFA WALMURTHADHO
WABNAHUMMA MA'A FATTIMA

"Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah."

Ulang 7 x
Dibaca setiap kali selepas solat fardu

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.*

Saya melihat banyak komen daripada pihak tertentu tentang doa menghindari wabak H1N1. Pada mulanya saya malas nak mengulas tetapi apabila dilihat semakin serius suka saya menjelaskannya:
1. Doa itu memang bukan untuk wabak H1N1 tetapi sebarang wabak yang dipercayai diamalkan oleh ulama terdahulu.
2. Doa itu tiada kaitan dengan al-Arqam kerana doa itu wujud ratusan tahun sebelum wujudnya al-Arqam. Cuma al-Arqam menggunakannya setelah ia dilupakan mungkin kerana sudah tidak ada wabak.
3. Doa itu tiada kaitan dengan syiah. Kalau dikatakan orang syiah sudah sinonim dengan lima nama itu, kita Ahli Sunnah Wal-Jamaah lebih patut menyebutnya.
4. Doa itu bukan hadis dan athar, maka sama taraf dengan doa kita yang dibaca dalam bahasa Melayu oleh ulama yang kita hormati di negara ini. Salahkah kalau doa harian seorang ustaz yang kita yakin susunan bahasanya amat berkesan, lalu kita salin dan amalkan? Kalau ini boleh mengapa doa di atas tidak boleh.

Umat Islam tidak boleh berfikiran statik.*

Doa Orang Yang Teraniaya

 

Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??

Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.

Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...