Wednesday, November 21, 2012

Tips Mengenali Sifat Wanita


Tips Serta Petua Mengenali Sifat Perempuan



Manusia ni berbagai ragam. Tak kira lelaki tak kira perempuan. Ada yang mudah untuk 'dibaca' ada yang sukar. Namun terdapat beberapa tips atau cara untuk kita mengenali sifat seseorang itu. Didalam entry ni, aku tulis tips atau petua mengenali sifat wanita melalui cara wanita itu berjalan.

Berjalan seolah-olah berjengket.
Wanita seperti ini dikatakan seorang yang tidak jujur, bermulut laser serta sering menyakiti hati orang lain ketika berbual. Wanita seperti ini juga terkenal dengan sikap ego serta boros. Tetapi wanita seperti ini kebiasaannya menjadi rebutan ramai lelaki.

Sering menoleh ke kiri dan ke kanan sewaktu berjalan.
Perempuan yang berjalan seperti ini dikatakan seorang yang pandai menyimpan rahsia serta mudah diatur. Namun ramai yang berpendapat perempuan seperti ini tidak jujur, suka menipu rakan sendiri serta merugikan rakan-rakan yang lain.


Suka menunduk ketika berjalan.
Dikatakan perempuan yang berjalan seperti ini mempunyai sifat yang tertutup serta sukar untuk didekati disamping sering bersikap 'dingin'. Dia hanya akan berbual dengan rakan-rakan yang rapat dengannya serta boleh dipercayai. Disebabkan sifatnya itu, perempuan jenis ini sukar untuk ditawan hatinya, tetapi sekali dia menyayangi pasangannya, dia tidak akan mengkhianati pasangannya kerana perempuan seperti ini jenis yang setia.

Berjalan menatap lurus ke depan.
Perempuan ini mempunyai pendirian yang sangat teguh. Sukar untuk menerima pandangan orang lain serta sering berselisih pendapat. Jadi perempuan seperti ini jika dilihat, sering berbual dengan mereka yang berpengalaman luas dalam satu-satu perkara.

Badan bergerak ke kiri dan ke kanan ketika berjalan.
Perempuan seperti ini kebiasaannya suka mengambil mudah akan perkara-perkara di sekelilingnya termasuk masalah dirinya sendiri walaupun masalah tersebut rumit dan sukar untuk diselesaikan. Perempuan seperti ini juga dikatakan tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Menegakkan badan ketika berjalan.
Seorang yang tegas didalam pendirian. Tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadinya. Juga dikatakan seorang yang bertanggungjawab terhadap apa segala yang dilakukannya. Suka kepada lelaki yang berdikari.

Berjalan seperti zirafah.
Gaya jalan seperti zirafah iaitu badannya sering ke depan dan kebelakang sewaktu berjalan. wanita seperti ini sangat lemah perasaannya serta mudah tersinggung dan mengalirkan air mata.

Apa-apa pun ini hanyalah petua sahaja untuk kita mengenali sifat wanita. Ianya tidaklah 100% betul tetapi cukup sekadar sebagai panduan tertutama untuk golongan lelaki :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...