Wednesday, April 17, 2013

Doa Dan Resepi Penawar H1N1

 

 Umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.*

Doa hindari dari sebarang WABAK:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

LIIKHAMSATUN UTFIBIHA HARROL WABA
ILHUTTOMA ALMUSTHOFFA WALMURTHADHO
WABNAHUMMA MA'A FATTIMA

"Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah."

Ulang 7 x
Dibaca setiap kali selepas solat fardu

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.*

Saya melihat banyak komen daripada pihak tertentu tentang doa menghindari wabak H1N1. Pada mulanya saya malas nak mengulas tetapi apabila dilihat semakin serius suka saya menjelaskannya:
1. Doa itu memang bukan untuk wabak H1N1 tetapi sebarang wabak yang dipercayai diamalkan oleh ulama terdahulu.
2. Doa itu tiada kaitan dengan al-Arqam kerana doa itu wujud ratusan tahun sebelum wujudnya al-Arqam. Cuma al-Arqam menggunakannya setelah ia dilupakan mungkin kerana sudah tidak ada wabak.
3. Doa itu tiada kaitan dengan syiah. Kalau dikatakan orang syiah sudah sinonim dengan lima nama itu, kita Ahli Sunnah Wal-Jamaah lebih patut menyebutnya.
4. Doa itu bukan hadis dan athar, maka sama taraf dengan doa kita yang dibaca dalam bahasa Melayu oleh ulama yang kita hormati di negara ini. Salahkah kalau doa harian seorang ustaz yang kita yakin susunan bahasanya amat berkesan, lalu kita salin dan amalkan? Kalau ini boleh mengapa doa di atas tidak boleh.

Umat Islam tidak boleh berfikiran statik.*

Doa Orang Yang Teraniaya

 

Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??

Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.

Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Menasihati Anak Agar Tidak Degil

 

Setiap ibubapa akan merasa sedih, risau,cemas dan berbagai lagi apabila mendapati anak tidak mendengar nasihat, degil malah melawan cakap-cakap atau nasihat yg kita berikan.Lebih sedih dan risau kalau mereka memberontak. Terutama anak-anak remaja. Mereka boleh melakukan apa saja tanpa berfikir panjang saperti lari dari rumah, melakukan jenayah, malah boleh membunuh. Justeru pendidikan awal patut diperkemaskan terutama didikan agama. Agama bukan sekadar hantar mereka mengaji quraan atau iqra' sahaja....didikan sedari awal akhlak (tasauf) dan adab juga penting selain tauhid dan feqah.

Jadi bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil?
Jawapan yang mahu nyatakan di sini bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W dan bacalah surah Al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.

Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya? Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan?!. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...